Monday, October 27, 2008

Pelukan Merupakan Satu Terapi

Riset membuktikan bahawa pelukan dapat menyembuhkan masalah fizik dan emosi yg dihadapi manusia di zaman serba stainless steel dan wireless ini. Bukan hanya itu saja, para ahli mengemukakan bahawa pelukan boleh membuat kita mengatasi stress dan depresi,serta mempererat hubungan keluarga.

Helen Colton, penulis buku The Joy of Touching juga menemukan bahawa ketika seseorang disentuh, hemoglobin dlm darah meningkat hingga bekalan oksigen ke jantung dan otak lebih lancar, badan menjadi lebih sihat dan mempercepat proses penyembuhan. Maka boleh dikatakan bahawa pelukan boleh menyembuhkan penyakit "hati" dan merangsang hasrat hidup seseorang.

JENIS - JENIS PELUKAN





The Full Body Hug

Merupakan pelukan yg paling hangat dan akrab dimana keduanya tidak hanya saling berangkulan erat tapi jg sangat dekat hingga dapat merasakan kehangatan tubuh dan detak jantung masing2. Sesuai untuk pasangan, orangtua, atau orang yg secara emosi sangat dekat dgn kita. Dengan jarak tubuh yg hampir menyatu ini, kamu dan dia akan merasa lebih lega, aman dan terlindungi.





The Bear Hug

Jenis pelukan yg paling popular dan ekstrem. Seperti beruang yg sedang berpelukan, sepasang lengan besar (biasanya pria) akan merangkul erat sepasang lainnya, mengangkat tubuhnya dan berputar putar dgn girang. Biasanya dilakukan ketika bertemu dgn seseorang yg kita cintai namun sudah lama tidak saling berjumpa.





The One Arm Hug

Pelukan buat kaum adam yang berpelukan sesama jenis namun ingin menyampaikan bahawa mereka saling mendukung satu sama lain, pelukan dgn satu lengan ini adalah yang tepat


The A - Frame Hug
Satu lagi jenis pelukan bagi mereka yg masih segan adalah merangkul bahu namun dgn jarak kaki yg sangat sopan satu sama lain untuk mengurangi 'contact'. Dari sisi, tubuh kedua-dua orang ini akan membentuk huruf A.

The Quick Greeting Hug

Pelukan ringan sekadar untuk "say hello" atau "good bye". Biasanya boleh disertai tepuk panggung, cium pipi kiri-kanan, atau air kiss.

The Back Pat Hug

Tidak boleh dipanggil pelukan sebenarnya, kerana jenis ini lebih seperti tepukan sayang di bahu atau belakang untuk menyapa ayau menyampaikan, "Hey, Man! Aku tau kau mesti boleh punyer!" atau "Kau boleh percaya kat aku ok!"


The Lip Lock
Pelukan ini untuk membuat pasangan kamu terpana dan tidak terkata apa-apa,diam seribu bicara. Pelukan ini hampir sama dengan yg biasa dipraktikkan waktu slow dance, namun lebih dekat dan mesra lagi.


The Soothing Hug
Pelukan yg menenangkan dan menghibur, biasanya diberikan kepada anak2 atau yg sedang berduka. Tidak hanya rangkulan, pelukan jenis ini jg boleh diselitkan dengan kata2 membangun serta usapan sayang di kepala dan belakang.


The Group Hug

Berpelukan tidak hanya dilakukan oleh 2 orang saja, tapi juga boleh melibatkan satu team. Biasanya dengan melingkarkan lengan satu sama lain membentuk lingkaran atau saling bertindihan.


Sekarang, setelah mengetahui jenis dan boleh mempraktikkah pelukan2 di atas, berikanlah satu yg terbaik untuk orang yg kita sayangi. Jangan menunggu sampai terlambat. Selama kesempatan masih ada, katakanlah cinta dengan kedua lenganmu.

2 comments:

Anonymous said...

Saya suka memeluk org yg tersyg waktu tidur (selalunyer dia membelakangi sy) .. walaupun kdg2 tgn nie lenguh tapi pelukan itu utk dapat menenangkan jiwa dan melelapkan tidur saya dengan sempurna.

Kalau bole saya ingin memeluk dan dipeluk setiap hari.... kerana ianya benar2 mendekatkan saya dan dirinya... so mari lah kita selalu berpeluk2an... jgn salah faham, peluklah mengikut keadaan, org, suasana dan tempat.

shahril.hussin said...

hye...

 

Letters From Heaven © 2008. Design By: SkinCorner